Quantcast
Channel: My Kuali
Viewing all 2840 articles
Browse latest View live

Putu Bambu Juriah Air Hitam

$
0
0
 putu bambu juriah air hitam @2.50/packof 6 biji

salam hari minggu untuk kawan2 semua.... pasti ramai yang memenuhi undangan kenduri sana sini kan....dan kak rose jugak tak terkecuali. kalau minggu lepas kami g kenduri di Melaka, semalam pulak di Batu Pahat, Johor...menghadiri kenduri sepupu yang melangsungkan majlis perkahwinannya. kira selepas majlis teruslah balik kampung. dan kerana takut terkena jam macam minggu lepas tu, so kami amik keputusan bertolak pagi dari kampung, 3 jam dah sampai rumah dah.... minggu lepas dari melaka ke shah alam amik masa sampai 4 jam. ada kalanya macam parking di tengah highway tu. rasa x nak bayar tol jer taw!


on the way balik, bila lalu kat pekan air hitam tu nak jugak singgah kat gerai putu bambu yang sangat femes ni... rasa pun ok la pada kak rose.... sekali bli mmg nak selalu je rasanya... pagi lagi dah ramai pengunjung yang datang membeli, ada yang tapau dan jugak yang menikmatinya panas2 disitu... ada 3 set pengukus macam kat atas tu dengan putu yang sedang dikukus diatasnya.... masa kak rose sampai, banyak yang dah siap dan dipack dalam bekas polysterin.... memudahkan pembeli yang ramai dah berbaris...x payah nak tunggu lama2 kan.

one of the pengukus dengan putu yang sedang dikukus diatasnya... so, kawan2 kalau g ke batu pahat dan lalu kat air hitam ni jangan lah lupa singgah n menikmati putu bambu panas2 yang sedap ni...

Sadin puff

$
0
0
sadin puff yang sempoi untuk minum petang aka dinner sekali....boleh kan sbb tiada kerajinan nak masak nasi segala. jadilah dinner dengan puff ni jer. punya lah malas, amik gamba pun dalam loyang pembakar jer. tp jangan tenung lama2 loyang kak rose yg sangat cantik tu!

resepi puff ni dah banyak kali kak rose buat dari CMG tu, pada sapa2 yang nak mencuba kak rose cnpkan resepinya kat sini. mekasih ya Mat.

BAHAN INTI :-)
1 tin kecik sardine "cap ayam" asingkan sosnya
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 hirisan nipis halia, cincang halus
1 biji bawang besar, didadu
1 camca teh cili kisar
1/2 camca besar sos cili
3/4 camca besar kicap cair
1 biji limau kasturi, perah jusnya

BAHAN LAIN :-)
1 pack kulit puff pastry jenama "Kawan" berukuran 4 inci x 4 inci (ada 10 keping)
1 merah telur + 1 camca teh susu cair 

 CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK INTI:- Ikan sardine tadi dihancurkan. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang puti dan cili kisar hingga garing. Masukkan sos cili, kicap cair dan sardine tadi. Kacau rata, gunakan api sederhana. Tuang jus limau kasturi dan gaul. Masak sekejap, angkat dan biarkan sejuk sebelum digunakan.
  2. Keluarkan puff pastry dari freezer dan biar sekejap dalam 10 - 15 minir. Ambil 1 keping puff pastry, kerat dua, satu bahagian dikelar2.  Bahagian satu lagi letakkan inti sardine. Tutup dengan bahagian berkelar, tekan tepi2nya dengan garfu. Buat kaedah sama untuk baki pastry.
  3. Susun dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Sapu kuning telur dan tabur sedikit serbuk lada hitam kalau suka. Bakar pada suhu 190C selama 20 - 25 minit atau hingga kuning keemasa. Jika oven anda ada sistem kipas, on kan masa membakar puff pastry ini. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan...

Soto... x cukup bahan!

$
0
0
 salam dan selamat petang semua... mee hoon soto yang x kecukupan bahan, tp actually cuma ayam carik2 tu jer yg x de sbb tiada kerajinan nak goreng n siat2 ayam tu! tapi masih sangat memuaskan hati dan perut kak rose la kiranya ni. buat untuk lunch tadi. guna mee hoon jer sbb cepat dapat nak ngapnya kan. kalau ada nasik impit lagi sedap. kuah dan pegedil kak rose dah sediakan awal2, so tadi cuma nak kena siapkan bahan sampingan nya je kan... trasa macam nak siapkan jamuan raya macam ari tu pulak!

resepi kuah ni masih guna yg pernah kak rose buat dulu iaitu dari CMG, mmg serasi dengan tekak kak rose ler... pegedil guna resepi yg ni, dan sambal kicap resepi dari sini pulak. huh berpoloh2 menghirup kuah soto yang sedap dengan sambal kicap yg kaw tu.... bertambah2 makan wpun x cukup bahan!kak rose tepek sekali lagi resepi kuah soto dari CMG ni. mekasih ya.

BAHAN KUAH SOTO :-)
1.5 kg rangka ayam, cuci bersih dan toskan
2 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
1 pokok daun sup, kerat kasar2
1 genggam bawang goreng
Air secukupnya (anggaran 5 - 6 liter)
2 camca besar rempah sup "Adabi"
1 1/2 camca besar rempah kurma "Adabi"
1 biji bawang besar*
8 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1.5 inci halia*
4 biji buah keras*
1/4 inci kunyit hidup*
1 camca besar lada hitam biji*(*dikisar halus)
BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih

BAHAN LAIN :-)
Nasi impit, didadu (kak rose guna mee hoon jer!)
Begedel
Taugeh, buang ekor dan celur sekejap
Cili kicap
Soo hoon goreng
Kacang tanah goreng
Daging ayam yang dicarik halus (x letak, x rajin  nak goreng ayam tu)
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH SOTO :- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga harum, masukkan serai, lengkuas dan bahan kisar halus, tumis hingga wangi. Rempah sup dan kurma, disatukan dan bancuh dgn sedikit air, kacau rata dan masukkan dalam peruk tadi, tumis hingga rempah sedikit garing. Masukkan rangka ayam, gaul rata dan biar kecut sekejap. Tuang air secukupnya, masukkan bawang goreng dan daun sup, kacau rata dan biar mendidih. Kecilkan api dan renih 1 - 2 jam, tambah garam, secukup rasa..
  2. UNTUK SOTO AYAM :- Isi nasi impit secukupnya dalam mangkuk, tuang kuah. Letak begedel, dan bahan2 lain. Nikmati soto dengan sambal kicap..hmmmm..

WW: ini je yg ade

Teringin nak makan yg ni....

$
0
0
 Syawarma Raihani kebab. tetiba lak teringin nak makan kebab ni. tapi tidak le rajin nak melangkah kan kaki ke Jalan Tuanku Abdul Rahman yang sibuk tu... yang ni masa kak rose g kl ronda2 ari tu, nak bli 3 pca jer, tp berbaris tengah panas tu ada gak la dalam 30 minit... masa ni toke kebab tengah melayan take-away order yg ditulis kat notice board... siap delivery time lagi, so kami pelanggan yang berbaris ni semakin panjang kebelakang, nak makan punya pasal kena lah sabar berbaris n tunggu....

 akhirnya dapat lah jugak kebab yang sangat diidam2 kan ni... nampak macam senang jer nak buat intinya tu, agaknya kalau kita grill jer ayam tu instead of bakar ditiang yang pusing2 cam kat gerai dia tu pun ok gak kot... nnti2 lah kalau rajin boleh soh cik google carikan resepinya, bila dah boleh buat sendiri, x yah nak melangkah keluar kalau nak makan kebab cam ni kan....

syawarma raihani kebab yang tinggal gambar. ishhhhh!!!! teringinnya nak makan!

Kalaulah ada dusun sendiri....

$
0
0
 salam hujung minggu buat kawan2 semua.... pagi hari kami dah ke sdmc untuk follow-up busu's collarbone fractured, Alhamdullilah dah sembuh sepenuhnya dan yang tinggal adalah scar yang panjang....mmg amik masa lah agaknya nak hilang bekas operation tu.. ada cream doc tu bagi tp malas nak apply, asik lupa je katanya! and next appoiment is in one year time, harap2 x la lupa dengan date tu nanti kan...
balik dari sdmc, singgah kat kedai buah kat subang jaya ni... dari dulu kedai ni lah yang jadi tempat persinggahan kalau nak top-up stok buah, tp yg sllu bli je kat c4 atau tesco je, sbb dekat kan..

apa pun buah fresh ni agaknya bolela tahan untuk stok dua minggu... kalau dengar health talk, sllu dipesankan jaga makan minum dan jaga kesihatan....banyakkan makan buah2an n sayur2an, sllu buat exercisesla..... tapi yg pasti dengar jer, amalkanya jauh sekali! camner tu? sendiri mau ingatla kan!

Lunch dengan sup ayam

$
0
0
sebesen  fresh fruits... star fruit, sunkist orange n granny smith green apple

salam kawan2 semua.... maaf ya kawan2 yang jengah kat rumah kak rose ni asik hidang buah jer, tp x pe kan, buah2an tu x basi dan elok untuk kesihatan... sebenarnya tuan rumah sangat malas nak mengupdate rumah ni tp sayang pulak kalau biar ia bersawang....makan merajinkan diri walaupun dengan entry yang merapu meraban ni.... bila duk kat rumah sorang2 ni mmg malas sangat la nak masak kan, so santap je la dengan apa yang cepat dan mengenyangkan... ya lah nak masak x de sapa nak makan, kang cuma dapat penat jer....lagi pun kununnya nak shed the extra lemak2 yang degil kat badan tu kan... alasan malas nak masak je ni sebenarnya.... tp buah2 ttp jadi hidangan utama.

ari ni ada sikit rajin so masak la su ayam special ni... meratah sup jer, tp kalau sampai 2 mangkuk beso n sebesen buah, apa kes nak shed the lemak2 tu kan?...as long as x  de nasi kira ok la tu....nak sedapkan ati sendir jer sebenarnya! ...resepi sup ni dari Myr oleh tulip77... mekasih ya. sedap meghirup panas...

Bahan-bahan ( 8org )
  • 1 ekor ayam potong 16(kak rose wat 1/2 portion je)
  • 1 labu bwg merah
  • 2 ulas bwg putih
  • 1 inci halia
  • sebatang kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 iji buah pelaga
  • 2 bj kentang
  • 1 btg lobak
  • 1 mangkuk air panas br masak
  • lada sulah, garam, ajinomoto dan stok ayam (kak rose omit aji n stok ayam)
  • daun sup, daun bawang & bawang goreng

Cara-cara

  1. Rempah2 direndam dalam air panas menggelegak,biarkan hingga air tersebut suam & toskan rempah2 tersebut. Air rendaman turut disimpan.
  2. Bwg merah & bwg putih dikisar halus. Halia ditumbuk sedikit jgn sampai lumat. Lobak dipotong bulat2 anggaran 1.5cm & kentang dipotong 6
  3. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia & rempah2 yang telah direndam. Tumis sebentar.
  4. Masukkan ayam dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yg ditumis. Biarkan selama 10minit
  5. Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lagi. Jika mahukan kuah sup lebih boleh tambah lagi semangkuk air.
  6. Biar sup menggelegak,masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan stok ayam, garam, aji & lada sulah. Adjust mengikut selera anda
  7. Dah siap tutup api. Masukkan daun bawang,daun sup & bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup. Sedia untuk dihidang

Goreng keledek + sambal kicap

$
0
0
 menu minum petang tadi... goreng keledek dengan sambal kicap jawa yang power. mmg dah jadi satu kemestian kalau makan gorengan mesti nak cicah dengan sambal kicap ni. jawalah katakan...tp rasanya kalau orang sebelah negeri johor inilah regu bila makan gorengan kan... dan sambal kicap ni pun ada macam2 versi, ada yang goreng segala bawang n cili bagai macam  kak rose pernah buat untuk soto masa raya dulu dan kali ni kak rose amik resepi cam hana buat, semua fresh punya...

Bahan-bahan
  • segenggam cili padi - leh cmpur ngan lada merah klu tk mo pedas sgt  
  • (ikut kepedasan memasing la ya- pandai2 lah ejas)
  • 2 ulas bwg putih
  • kicap manis secukupnyer
  • gula putih - hana tambah gula merah skit
Cara-cara
  • tumbuk cili, bwg putih n gula. dh lumat masukkan kicap dan gaul rata.
  • klu blend - jgn letak air byk. blend gune kicap tuh jer n skittt jer air.
  • ok dah! siap! :)
  • ada org letak limau...tp kita tk suka...:D.
  • Sambal nih tahan berbulan2 jika diletak lam peti ais.
kak rose pun suka buat sambal kicap ni banyak2 n simpan.... bila2 nak makan dah ada. maklumlah jawa, x leh nak tinggal sambal kicap jawa nih!

Best ever banana muffins

$
0
0
 itulah yang dibagi oleh tuan punya resepi... dengan nama yang sebegitu, mulah nak mencuba dan yang penting nak makan le... apa lagi kan..kebetulan cavendish banana yang kak rose bli ari tu ada lgi. kenapa lah pisang ni pun punyalah mahal, kak rose bli 5 biji je pun dah rm3.60... kiranya 70+ sen sebiji pisang ni.... dan untuk resepi ni kak rose guna 2 biji pisang tu...padanlah muffin pisang kat kedai tu sangatlah mahal kan...

Along Roz, kak rose mintak izin nak kongsikan kat sini resepi yg best ever tu ya dan manyak2 terima kasih sbb share resepi ni....

By: Roz@HomeKreation
Makes One dozen
(kak rose dapat 6 biji jer sbb guna cups yg beso dan bakar pun tambah 5 minutes lg)

INGREDIENTS:
170g Mashed Ripe Bananas
3/4 cup Sugar
1 Egg - slightly beaten 
1/3 cup Melted Butter
1 tsp Baking Powder*
1 tsp Bic Soda*
1/2 tsp Salt*
1 1/2 cup Flour* (* sift together) 



METHOD:
1. Place bananas & sugar in a bowl & mix until combined.
Add in egg & butter gradually while mixing.
Fold in dry ingredients gradually until well mixed.
2. Spoon into muffin cups/tin.
Bake 20 minutes at 180C. 

Dorayaki aka doraemon's lempeng

$
0
0
dorayaki (kena sebut macam doraemon tau...) pertama kali mencuba buat dorayaki ni, betul ke cenggini kejadiannya. resepi ni kak rose dapat dari blog My Kitchen Diary, tp nampak dalam gambar tu macam gebus berderai dia punya texture, tp yang kak rose punya ni macam pancake jer. adunan pun nampak pekat sangat, so kak rose tambahkan sesudu susu segar, tp masih jugak macam pekat. tawakal je la, nak ejas banyak2 kang lain pulak jadinya kan....x paus ati sungguh dengan kejadiannya, a bit keras n dry-up. x tau silap tang mana agaknya?

 dorayaki.... makan dengan strawberry jem

Bhn:
100g tepung gandum
1/2 sdt bikarb
4sdb gula
2sdb madu
2bj telur
1/2sdb myk masak
1/2sdt esen vanila

Cara:
1. Pukul telur & gula dlm satu mangkuk besar, hgga kembang.
2. Kemudian masukkan madu, myk & esen vanila. Gaul rata.
3. Ayak bersama tepung & bikarb dan masukkan ke dalam adunan telur. Kaup balik. Adunan cam pekat sket so mommy tmbhkan 1/2sdb susu segar.
4. Panaskan non-stick frying pan. Goreng dgn api kecil. Tahap kelebaran dorayaki ni leh adjust la yer. Mommy wat comei2 aje - ala2 saiz pancake. Adunan dorayaki ni lembut sgt2 so bila bhg bawah dh keperangan, hati2 masa nak flipkn utk masakkan bhg atasnye tu.
5. Bila smua adunan nk masak, leh lar diletakkan inti atas sekeping pancake then amik satu lagi pancake then lapiskan ke atas pancake berinti tuh.

Jemput2 nasi ikan bilis

$
0
0
 jemput minum dengan jemput2... lain beno kalau sebut jemput2 ni, sllu kak rose sebut cekodok jer... x kiralah apa pun isinya ttp jugak kak rose panggil cekodok.  tp nak ajak pun dah tinggal bekas jer sbb buat ni untuk minum aka dinner kak rose petang semalam dah...so udah abes la... kak rose buat separuh adunan tp bila makan x leh berenti lak... so sekali ngadap je dah abes!

resepi dari dapur MaDiHa dan tuan resepi asal Yatie, mekasih ya dan nak kongsikan kat sini lak....

Sumber : Yatie

 Bahan-Bahan
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn air
  • 1 biji bwg besar*
  • 2 biji bwg putih*
  • 1/2 cwn ikan bilis*
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • 1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
  • Daun sup/bawang (di hiris halus)
  • sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng
  • ** yang ni kak rose blend kasar2, suka ada rasa ikan bilis n bawang tu...
Cara Membuatnya
  1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
  2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
  3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
  5. Saya gunakan tangan saja utk men=jemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah.

Kita minum dulu.....

$
0
0
sebelum g ronda2 kl kita minum dulu.... dan hari2 pun cam ni lah bekpes kak rose... korang pk la sendiri, malas ke rajin kak rose ni nak siapkan bekpes. x kisahlah kan asalkan kenyang perut udah le. dan stok susu omega tu kak rose bli masa ada offer, cuma rm31/pack

Bubur ayam

$
0
0
 bubur ayam ala mcd atau bubur nasi chinese style... requested by orang yang tengah sakit molot... soh minum air masak banyak2 x nak, pas tu nak makan pun payah... so kenalah masak menu yang lembut2 jer... tp dengan ikan bilis, sambal tumbuk ikan bilis n kacang goreng segala, elok je la pulak makan tu.... adoyaiiiii....

reaepi dari Myr oleh che'iza, pernah buat jugak tp main taram je, kali ni ikut resepi ni lak. mekasih, sharekan resepi ya.

Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • 1 1/2 cwn beras (lbh kurang 250gm)
  • 1 1/2 inci halia di ketuk / titik
  • 2 sk serbuk pati ayam / 1 kiub pati ayam
  • 300gm isi ayam / 1/4 ekor ayam
  • sedikit garam
  • 1 liter air
  • * GARNISH *
  • lada merah (kak rose x dak!)
  • daun bawang n daun sup
  • sedikit mninyak bijan
  • * AKSESORI TAMBAHAN *
  • ikan bilis n kacang digoreng
  • lada jeruk (x de)
  • telur masin (x de)
  • sambal ikan bilis tumbuk, bawang goreng (yg ni kak rose tambah)

Cara-cara

  1. Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan airnya. Air rebusan ayam jgn dibuang.
  2. Basuh beras bersih. Masukkan beras dlm periuk lebihan air rebusan ayam. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit. ** Masak bubur ikut suka lembut mcmmana kita nak
  3. Bila bubur hampir masak masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam.
  4. Bubur bolehlah dihidang dgn ayam rebus tadi (siat kecil), bawang goreng, lada merah n daun sup. Titiskan sikit dgn minyak bijan. sedap mkn ngan ikan bilis n kacang goreng, cili jeruk dan telur masin..siap....
  5. Bubur mcm simple tp rasanya agak berbeza dan unik... Bubur ni sgt popular di sebuah kedai jual bubur kat Jalan Sultanah Batu Pahat....

Dessert untuk orang sakit

$
0
0
 dessert buat petang semalam... semuanya nak yang lembek2 jer. maklumlah kat rumah ni ada orang yang sedang melayan sakit molot...pecah2 kat bibir n lelangit, so x leh nak makan yng pejal2... dessert cenggini mmg pebret n sesuai la untuk yang sedang sakit mulot tu... tp petang tu dah ok sangat2, x g doctor pun cuma gargle dengan listerine, mmg pedih la masa tu tp sangat berkesan.

tenghari cuma makan bubur nasi ayam dan petang pulak makan dessert sagu gula melaka ni. esok dah boleh la back to normal makan2... resepi sagu gula melaka dari rossitamz. mekasih ya. nnti bulan posa mesti buat lagi dessert ni untuk iftar pulak.

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • Bahan A :
  • 2 cawan sagu
  • 5 cawan air 
  • Bahan B :
  • 3 cawan santan
  • 1/2 cawan gula pasir (kak rose omit this one)
  • 1/2 sudu kecil garam 
  •  
  • Bahan C :
  • 1 keping gula Melaka @ 1 cawan gula merah
  • 1 cawan air 
  • 1 helai daun pandan  
Cara-cara

  1. Cara-cara Adunan A : Panaskan air hingga mendidih. Bersihkan biji sagu dan masukkan ke dalam air mendidih.
  2. Masak hingga sagu menjadi jernih. Angkat dan cuci dengan air sejuk sehingga hilang kanjinya.
  3. Masukkan ke dalam acuan2 kecil dan sejukkan.
  4. Cara-cara Adunan B : Panaskan santan, garam, daun pandan dan gula hingga mendidih.
  5. Buang daun pandan dan sejukkan.
  6. Cara-cara Adunan C : Masakkan gula Melaka, daun pandan dan air hingga gula hancur.
  7. Buang daun pandan, tapiskan dan biarkan ia sejuk.
  8. Cara menghidang : Keluarkan sagu dari acuan2 kecil dan letak dalam mangkuk @ pinggan menghidang.
  9. Curahkan Adunan B, diikuti oleh Adunan C.
  10. Siap untuk dimakan!!!

Tauhu singapura

$
0
0
 tauhu singapura di shah alam.... menu pebret untuk lunch semalam. kebetulan singgah kedai ada pulak tauhu lembut ni, mmg sedap sangat kalau buat goreng dan makan dengan kuah kacang camni.  2 ketul beso2 pun rasa x cukup kenyang lagi.... dan tauhu lembut ni mmg beso2 saiz dia, kiranya puas lah dapat makan - meratah without nasik.
 masih guna resepi dari CMG, kak rose kongsikan kat sini lagi ya..

BAHAN KUAH KACANG :-)
150 gram kacang tanah
2 biji cili merah*
4 biji cili padi*(kak rose buh 2 biji je... pun dah podeh sampai berasap tinger!)
4 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1 inci belacan*(*kisar halus, gunakan air masak) (kak rose x letak ni sbb x makan!, tp ttp sedap!)
1/2 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1/2 camca besar kicap pekat (kak rose guna kicap manis jer...)

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
4 keping tauhu, digoreng dan potong dadu
1/2 biji timun, diracik halus
1 biji sengkuang saiz kecik, diracik halus (x de stok la pulok!)
2 genggam taugeh, celur sekejap dan toskan
Hirisan halus cili padi merah (optional)
kak rose tambah carrot yg dipotong halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH KACANG :- Kacang tanah digoreng tanpa minyak hingga perang, sejukkan, buang lapisan nipis pada kacang tanah tadi dan kisar. Masukkan ke dalam bekas, tambah bahan kisar halus, jus asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya (selalu kuah kacang sedikit manis), jika pekat tambah sedikit air, kacau rata. Ketepikan sebentar.
  2. UNTUK TAUHU SINGAPURA :- Susun tauhu goreng yang telah didadu dalam pinggan. Letak hirisan sengkuang, taugeh dan timun atasnya, curah kuah kacang dan tabur hirisan cili padi. Hidangkan segera....hmmmm...sedap ok.

Mee udang emergency!

$
0
0
 mee udang emergency.... pelik je nama dia kan.... sebenarnya, bila rasa  kemaruk sungguh nak makan, kenalah buat jugak, biarpun bahan x cukup... kita ejas dia la kan...actually bahan untuk kuah tu mmg semua ada cuma untuk garnishing tu, telo pun malas nak rebus! tp tetap umph ditekak kak rose yg mmg kemaruk nak makan mee udang ni. dasat sungguh kan, ngalahkan orang mengidam! mekasih ros jintanmanis yang kongsi resepi ni.

Bahan-bahanye

2 ikat spagetti (kak rose guna spagetti angel hair)
6 ekor udang harimau saiz besar (guna udang besa2 jer)
2 sudu besar udang kering ( ditumbuk halus)
3 sudu besar cili kisar
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar (saiz sederhana)
4 sudu besar minyak masak
1/2 paket bebola ikan
1 cawan santan pekat
1 cawan air


bahan sampingan
1/2 ikat kangkung di rebus ( gantikan dengan sawi)
2 biji telur rebus (x letak...)
bawang goreng
Caranye
1. Blender bawang besar dan bawang putih, kemudian panaskan minyak dan masukkan cili kisar dan bawang yang telar diblender tadi, pastikan cili betul-betul garing, kemudian cedok sedikit minyak cili tadi lebih kurang 2 sudu besar dan ketepikan. (yg ni kak rose omit) Teruskan menumis dan masukkan udang kering.

2. sementara itu, buang kulit udang dan rebus kulit udang untuk dijadikan stok, setelah air stok udang mendidih masukkan isi udang dan rebus hingga udang masak, isi udang ditos dan ketepikan. (kak rose terus je masuk udang dalam kuah... nak cepat jer!)

3. Setelah bahan tumis garing masukkan air stok udang dan santan, setelah mendidih baru masukkan air dan fish ball, sesuaikan rasa, masukkan garam. masak hingga agak pekat kuahnya, tapi jangan pekat sangat, agak-agak je.

4. Rebus spagetti seperti biasa, masa merebus ikut arahan pada paket, pastikan air betul-betul mendidih dan masukkan 1/2 sudu garam dalam air rebusan. angkat dan toskan.

5. Celur kangkung dan rebus telur, setelah semua bahan sedia, cara penyediaan, letakkan spagetti dahulu di dalam bowl saiz biasa, kemudian curahkan kuah, atur udang, kangkung, telur rebus diatas pemukaan mee dan tabur sedikit bawang goreng sebagai hiasan, akhir sekali jangan dilupa baki minyak lada yang di cedok tadi, curahkan sedikit bagi menyerlahkan lagi warna kuah, sedia untuk dihidangkan, anda pasti menggemarinya.

WW: bagai irama dan lagu

$
0
0
itik dan air.... manakan boleh dipisahkan....

Kuetiew tomyam

$
0
0
 salam dan selamat petang.... dah petang barulah dapat menjenguk dapo maya kesayangan ni... sepanjang hari entah le apa dibuat, tp yang penting masa terisi dengan menda2 yang sangat berpekdah untuk diri sendiri dan orang2 yang tersayang.... x la terbuang masa yang sangat berharga tu kan.. masak jugak kerja berpekdah ya dak? ni kes x leh nampak menu kat dapur sifu masak2, mesti teringin nak makan... semalam masa meronda2 kat blog Dari Dapur Kak Yah, ternampak resepi ni, so ari ni berusaha cari bahan2 n masak untuk lunch... mekasih kongsi resepi dan kak rose mintak izin nak sharekan kat sini lak ya..


4 ulas bawang putih(diketuk)
3 batang serai(diketuk)
4 helai daun limau purut(dibuang tulangnya)
4 biji cili padi(diketuk)
2 biji limau nipis(diambil jusnya)
1/2 sudu besar cuka
Bunga kobis
Carrot
Sawi(potong)
Tomato(dibelah 4)
Bawang besar(potong bulat)
Udang(dikupas kulitnya dan dibiarkan ekornya) (kak rose x bubuh)
beberapa ketulan kecil isi ayam(guna isi dari 2 ketul peha)
Bebola ikan(x dak!)
Gula dan garam
Air secukupnya
Minyak
 
Caranya
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih bersama cili padi   Biar naik bau kemudian masukkan serai dan daun limau purut.  Kemudian masukkan air secukupnya.
Bila mendidih masukkan isi  ayam dan udang.  Masukkan juga bebola ikan.
Masukkan cuka dan jus limau nipis.
Masukkan sayur-sayur dan bawang besar yang telah dipotong.
Masukkan gula dan garam.  Bila semuanya masak bolehlah diangkat

Sebungkus kuetiau
Basuh dengan air panas dan toskan.

Hari untuk berjumpa doktor....

$
0
0
 salam hujung minggu buat kawan2 semua.... dah 2 hari rumah maya ni x berupdate, entah apa yang dibzkan pun x tau lah. tp hari separuh hari dihabiskan dengan berjumpa doktor n dentist jugak. kami anak beranak g jumpa dentist ari ni untuk routine check yg every 6 bulan tu dan jugak buat scaling....ni pun dah lewat sbb last jumpa dentist ni pada october last year.  cam biasa la bila nak keluar dari bilik tu pesanan "dont forget to come back in 6 month ya") tp sllunya mmg akan terlupa....


pas tu g jumpa doktor yg sllu tu. sebenarnya kak rose ada sakit kat upper arms - both hand lak tu. sakit nya cuma akan terasa bila kak rose cuba nak capai sesuatu ie stratch my arm ataupun bile tersalah movement. mmg terasa sakitnya. dah google n baca berkenaan sakitni. ada yg panggil frozen shoulder, upper arm pain n ada yang kata symptom of burusitis jugak, x tau la mana satu yg sebenarnya, tp yg pasti mmg upper arms tu yg sakit. ada buat physiotherapy for upper arm pain yang kak rose belajar dari youtube...tp macam x de improvement je, so ari ni jumpa doktor n next few days akan jumpa doktor pakar pulak... harap2 akan cepat hilang la sakit tu, Insya Allah.

seharian berada diluar, makan semua pun tapau jer. pagi sudah tapau nasik lemak besar punya, sbb lps buat gg tu at least kena tunggu 2 jam baru dapat makan, so lunch pun dah dekat pukul 3 petang. pastu kawan ajak temankan g bli something untuk majlis perpisahan kawan yg akan bersara yang akan diadakan pada esok hari.. 3 pcs mangkuk n pinggan porcelain untuk Kak Norehan Khalit dan selamat berpindah kerumah baru nnti.


sambil jalan ronda-ronda tu ternampakla pulak madu khaula ni, terus la bli sebotol kecik 370gm @rm35/bottle sbb yg ada kat rumah pun mmg nak abes dah. suka dengan rasa madu ni, minum tiap2 pagi, tu kalau x lupa la.... he he he sekian aktibiti ari ni, nak g pasar malam pulak untuk stok dinner...mmg malas nak kedapo dah ni!

Jerebu everywhere.....

$
0
0
 matahari pagi ni dicelah2 rumah taman perumahan kak rose. jerebu dimana2.... pagi yg sepatutnya cerah dah jadi gelap dek jerebu dan hidung juga sangat rasa stuffy, x selesa. hot weather n high temperature sangatlah memburukkan keadaan... kesian anak yang nak balik ke melaka.... masa balik sini naik bas n bawak moto g melaka lak... kesian jugak moto yang dah lama x jalan, so kali ni bergilir2 lah dengan si silver tu..

ready nak jalan dengan full protection... bekalkan jugak face mask banyak2 sbb kat melaka lagi teruk keadaan jerebunya kan... harap anak mama sampai dengan selamatnya. dan macam biasa pesan mama yang beribu kali.... be very careful on the road, jangan laju2, tepon mama setiap kali berenti dan bila sampai nnti.... x abes2 pesan, jangan bosan dengar ya.... for ur own good jugak.
Viewing all 2840 articles
Browse latest View live