↧
Pengganti lighter
↧
Kek pandan santan
kek yang tak gunakan butter ataupun minyak...rasa macam pelik jer bila kek takde butter dalam bahan2 dia kan. jumpa resepi ni kat blog MTQ Creations, nampak resepinya macam simple jer so kak rose pun nak lah mencubanya... dan end resultnya, rasa ok tapi macam sangat mampat keknya... tak tahu lah dimana silapnya.... berkali2 kak rose baca semula bahan2nya... memang tak de butter tapi bila tengok gambar kek mak tok tu macam gebu jer kat sini... kak rose punya mampat n padat pulak... ni lah kalau dah memang amatur sangat tapi nak jugak mencuba... hihi. dan dalam tin 7x7 pun nampak kemet jer kejadainnya. tapi tak cuba tak tahu kan..
kak rose kongsikan resepi dari MTQ Creations ni kat sini, mekasih ya mak tok...
kak rose kongsikan resepi dari MTQ Creations ni kat sini, mekasih ya mak tok...
Loyang 7in x 7in di sapu minyak
Bahan :
200gm tepung gandum
2 st baking powder\
\di ayak bersama...
2 biji telor gred A
180gm gula halus
25ml air daun pandan
175ml santan
Pewarna hijau jika perlu
Cara ..
Pukul telor dan gula hingga kembang
Satukan air daun pandan dan santan..kacau rata dlm satu bekas..kalau malas nak buat air daun pandan boleh ganti pandan paste
Masukkan tepung selang seli dgn santan hingga habis.Gaul rata
Tuang dlm loyang dan bakar hingga masak
↧
↧
Niat ketika baca Al-Quran
33 Niat Penting Ketika Membaca Al-Quran
Asalamualaikum dan salam Jumaat penghulu segala hari buat semua kawan yang kak rose sayangi... semuga semuanya dalam rahmat, redho dan keampunan Nya jua... lepas baca Surah Al-Kahfi ramai dipagi jumaat, kak rose nak share kat sini perkongsian dari group whatApps... tidaklah kita membaca semata2 untuk dapatkan pahala sahaja, malah kalau kita tahu tentang kebesaran Al-Quran, iaitu seseorang akan mendapat apa saja yang dia niatkan ketika dia membaca Al-Quran, Ini sebagaimana yang disabdakan oleh Sayyidina Rasulullah SAW : .“Sesungguhnya setiap amal yang dilakukan itu diukur atas niatnya dan seseorang akan mendapat (hasil amalnya) apa yang dia niatkan.”yang baik2 elok kita kongsikan, dan yang tak perlu tu biar je lah kan...
1 – Tujuan Belajar Dan Beramal
(اقرأ القرآن لأجل العلم والعمل به)Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan belajar dan beramal dengannya.
2 – Tujuan Memohon Hidayah
(اقرأ القرآن بقصد الهداية من الله)Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan memohon hidayah dari Allah SWT.
3 – Tujuan Bermunajat
(اقرأ القرآن بقصد مناجاة الله تعالى)Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk bermunajat kepada Allah.
4 – Tujuan Menyembuhkan Penyakit
(اقرأ القرآن بقصد الإستشفاء به من الأمراض الظاهرة والباطنة)Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan menyembuhkan penyakit zhohir dan batin.
5 – Tujuan Meminta Dikeluarkan Daripada Kegelapan Kepada Cahaya
(اقرأ القرآن بقصد أن يخرجنى الله من الظلمات إلي النور)Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan meminta kepada Allah SWT untuk mengeluarkan saya dari kegelapan (maksiat) kepada cahaya (iman).
6 – Niat Untuk Ubat Bagi Hati Yang Keras
(اقرأ القرآن لأنه علاج لقسوة القلب فيه طمأنينة القلب وحياة القلب وعمارة القلب)Saya niat membaca Al-Quran ini karena ia merupakan ubat bagi hati yang keras, dengan Al-Quran ini hati menjadi tenang, hidup dan makmur (dengan iman).
7 – Tujuan Untuk Menikmati Hidangan
(اقرأ القرآن بقصد أن القرآن مأدبة الله تعالى)Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan (untuk menikmati) jamuan atau hidangan dari Allah Taala.
8 – Tujuan Supaya Tidak Termasuk Dalam Golongan Yang Lalai
(اقرأ القرآن حتى لا أكتب من الغافلين وأكون من الذاكرين)Saya niat membaca Al-Quran ini supaya saya tidak ditulis termasuk dari golongan orang yang lalai; bahkan saya ingin ditulis sebagai golongan orang yang mengingat Allah.
9 – Tujuan Untuk Menambah Keyakinan
(اقرأ القرآن بقصد زيادة اليقين والإيمان بالله)Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk menambahkan keyakinan dan keimanan kepada Allah.
10 – Niat Mentaati Perintah Allah
(اقرأ القرآن بقصد الإمتثال لأمر الله تعالي بالترتيل)Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mentaati perintah Allah SWT yang memerintahkan untuk membaca Al-Quran dengan tartil.
11 – Niat Untuk Mendapat Pahala Dan Kebaikan
(اقرأ القرآن للثواب حتى يكون لى بكل حرف ١٠ حسنات والله يضاعف لمن يشاء)Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mendapat pahala sehingga dituliskan 10 ganjaran kebaikan bagi saya atas setiap satu huruf yang saya baca, sesungguhnya Allah melipatgandakan ganjaran bagi orang yang Dia kehendaki.
12 – Niat Untuk Mendapat Syafaat
(اقرأ القرآن حتى أن أنال شفاعة القرآن الكريم يوم القيامة)Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk mendapat syafaat Al-Quran pada hari kiamat kelak.
13 – Tujuan Untuk Mengikut Wasiat Nabi
(اقرأ القرآن بقصد إتباع وصية النبى ﷺ)Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mengikuti wasiat Nabi SAW.
14 – Tujuan Supaya Allah Mengangkat Darjat Diri Dan Umat Islam
(اقرأ القرآن حتى يرفعنى الله به ويرفع به الأمة)Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan semoga Allah SWT mengangkat derajat saya dengan Al-Quran dan mengangkat darjat umat ini dengan Al-Quran.
15 – Tujuan Supaya Allah Mengangkat Darjat Di Syurga
(اقرأ القرآن حتى أرتقي في درجات الجنة وألبس تاج الوقار ويكسي والداى بحلتين لا يقوم لهما الدنيا)Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk dinaikkan kedudukan saya di syurga dan dapat dipakaikan mahkota kemuliaan, dan untuk ibu bapa saya semoga dipakaikan juga dengan perhiasan yang tidak diberikan ketika di dunia.
16 – Niat Untuk Mendekatkan Diri Kepada Allah
(اقرأ القرآن بقصد التقرب إلي الله بكلامه)Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui kalamNya.
17 – Niat Agar Dimasukkan Dalam Golongan Ahlillah
(اقرأ القرآن حتى أكون من أهل الله وخاصته)Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar dimasukkan kedalam golongan ahlillah dan daripada golongan orang-orang yang khusus.
18 – Niat Agar Dimasukkan Dalam Golongan Ahli Yang Mahir Membaca Al-Quran
(اقرأ القرآن بقصد أن الماهر بالقرآن مع السفرة الكرام البررة)Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan (agar termasuk dalam golongan) orang yang mahir membaca Al-Quran akan bersama para Malaikat yang mulia lagi taat.
19 – Niat Agar Diselamatkan Daripada Ahli Neraka
(اقرأ القرآن بقصد النجاة من النار ومن عذاب الله)Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar diselamatkan daripada neraka dan azab Allah.
20 – Niat Agar Hati Rasa Kebersamaan Dengan Allah
(اقرأ القرآن حتى أكون في معية الله تعالي)Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar hati saya dapat merasakan kebersamaan dengan Allah SWT.
21 – Niat Supaya Tidak Mensia-siakan Umur
(اقرأ القرآن حتى لا أرد إل أرذل العمر)Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar tidak menghinakan atau mensia-siakan umur.
22 – Niat Agar Al-Quran Menjadi Saksi Kebaikan
(اقرأ القرآن حتى يكون حجة لى لا علىّ)Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar ia menjadi saksi kebaikan bagi saya dan tidak pula menjadi saksi keburukan ke atas saya.
23 – Niat Memandang Mushaf Ialah Satu Kebaikan
(اقرأ القرآن بقصد أن النظر في المصحف عبادة)Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk melihat kepada mushaf yang mana perbuatan itu adalah satu ibadah.
24 – Niat Agar Allah Mengurniakan Sakinah
(اقرأ القرآن حتى تنزل علىّ السكينة وتغشانى الرحمة ويذكرنى الله فيمن عنده)Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar diturunkan sakinah(ketenangan) ke atas saya, dan diliputi rahmat buat diri saya, dan disebut nama saya oleh Allah SWT kepada makhluk di sisiNya.
25 – Tujan Mendapat Kebaikan
(اقرأ القرآن بقصد الحصول على الخيرية والفضل عند الله)Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mendapat kebaikan dan kelebihan di sisi Allah.
26 – Niat Supaya Aroma Mulut Menjadi Harum
(اقرأ القرآن حتى يكون ريحي طيب)Saya niat membaca Al-Quran agar aroma (bau mulut) saya menjadi harum (dengan lantunan Quran).
27 – Niat Agar Tidak Tersesat Di Dunia
(اقرأ القرآن حتى لا أضل في الدنيا ولا أشقي في الآخرة)Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar saya tidak tersesat di dunia dan tidak ditimpa celaka di akhirat.
28 – Niat Agar Terhindar Dari Kesedihan, Kerisauan Dan Kegusaran
(اقرأ القرآن لأن الله يجلى به الأحزان ويذهب به الهموم والغموم)Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar Allah menghindarkan diri saya dengan sebab membaca Al-Quran dari segala kesedihan, serta menghilangkan kerisauan dan kegusaran.
29 – Niat Agar Al-Quran Menjadi Teman Di Alam Kubur
(اقرأ القرآن ليكون أنيسي في قبري ونور لي علي الصراط وهادياً لي في الدنيا وسائقاً لي إلى الجنة)Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar ia menjadi teman saya di dalam kubur dan cahaya bagi saya ketika melintasi titian Sirath, dan petunjuk saya ketika di dunia, dan pemandu saya untuk ke syurga.
30 – Tujuan Agar Allah Mentarbiah Saya
(اقرأ القرآن ليربينى الله ويؤدبنى بالأخلاق التي تحلى بها الرسول ﷺ)Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar Allah mentarbiah saya, dan mengajar adab kepada saya dengan akhlak yang dihiaskan akannya kepada Rasulullah SAW
31 – Tujuan Agar Dapat Menyibukkan Diri Dengan Yang Haq
(اقرأ القرآن لأشغل نفسي بالحق حتى لا تشغلني بالباطل)Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan menyibukkan diri saya dengan Al-Haq, sehingga tidak mampu kebatilan yang menyibukkan saya.
32 – Niat Mujahadah Melawan Nafsu
(اقرأ القرآن لمجاهدة النفس والشيطان والهوى)Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk mujahadah melawan nafsu, syaitan dan keinginan kepada selain Allah.
33 – Niat Agar Allah Memisahkan Diri Dengan Al-Kafirin
(اقرأ القرآن ليجعل الله بينى وبين الكافرين حجاباً مستوراً يوم القيامة)Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan memohon agar Allah memisahkan saya dengan para kafirin di akhirat kelak.
(فهيا لنكون من أهل القرآن، وهذه هي التجارة مع الله المضمونة الرابحة والتي يعطى الله عليها من فضله الكريم وعطائه الذي لا ينفد)
Maka marilah kita menjadi ahlil Quran, yang telah dijamin keuntungannya, yang mana keuntungan itu Allah SWT kurniakan atas sifat pemurahNya dan sesungguhnya segala pemberianNya itu tidak akan habis. semuga bermanafaat buat kita semua.
↧
Kuih cara berlauk sedap...
dah few times buat kuih cara berlauk ni untuk kuih hari jumaat kak rose sebagai pot luck mengaji tu, kali ni kak rose buat untuk minum petang kami anak beranak pulak... kalau buat untuk bawak pergi mengaji tu memang kak rose tak tinggal baki dirumah sebab memang tak de tukang makan, melainkan balik petang nanti kan... so might as well bawak jer semua dan kalau nak nanti buat semula petang nya... tapi yang pasti taidaklah rajin nak buat sampai dua kali dalam sehari kan.. memang tidak lah... ada masa datang kerjinan dan tukang makan pun ada barulah boleh buat...
buat separuh adunan ni cukuplah untuk tiga kali loyang bunga ni... dan juga cukup untuk kami tiga beranak.... Alhamdulillah.
buat separuh adunan ni cukuplah untuk tiga kali loyang bunga ni... dan juga cukup untuk kami tiga beranak.... Alhamdulillah.
↧
Setelah lamaaaa terhenti...
↧
↧
Air sirap limau kasturi
sejak mencuba buat kiub pati limau kasturi, maka rajin lah nak buat air sirap cam ni... tak yah perah liamu dah... just masukkan kiub limau bersama kiub ais dalam sirap dan jus febret pun dah ready untuk dinikmati... mudahkan! nak tengok camner kak rose buat ice cube jus limau tu bolah tengok kat sini ya... bila nak guna kiub dah ready dan limau pun tak rosak kalau tersimpan lama dan tak guna. mekasih pada otai masak2 yang bagi idea nak selamatkan limau kasturi dari rosak tu kan..
satu gelas beso ni cuma bubuh dua cube limau tu pun dah terasa sangat limaunya... tapi terpulang pada cita rasa memasing la kan... kalau nak rasa lebih masam, letak la extra ketulan limau tu... dan kalau nak rasa lagi umph, boleh la tambahkan asam boi dalam sirap limau ni. maunya satu jug beso pun tak cukup nanti... hishhhh
satu gelas beso ni cuma bubuh dua cube limau tu pun dah terasa sangat limaunya... tapi terpulang pada cita rasa memasing la kan... kalau nak rasa lebih masam, letak la extra ketulan limau tu... dan kalau nak rasa lagi umph, boleh la tambahkan asam boi dalam sirap limau ni. maunya satu jug beso pun tak cukup nanti... hishhhh
↧
Baby bread pudding
bila lama dah tak buat dan ade roti yang nak tamat riwayat.. maka jadilah puding roti anak kecik ni... sedap untuk bekpes dan jugak minum petang. tapi selalunya kak rose buat untuk minum petang aka dinner sekali... meh kak rose kongsikan resepinya untuk yang nak mencubanya...
Bahan-bahan ( 6 keping )
Bahan-bahan ( 6 keping )
- 2 keping roti putih
- 2 sb tepung jagung
- 3 sb gula halus
- 100 ml susu cair
- 2 biji telur(guna 1 putih telur saja)
- 1-2 titik esen vanilla
- sedikit buah2an campuran/kismis/kurma atau lain2 ikut selera
- sedikit gula icing untuk tabur atas puding - (akak tk tabur pon)
- mangkuk muffin - disapu majerin
Cara-cara
- Roti di siat2 kecil atau potong 1 inc. persegi.
- Tepung,gula,susu,telur dan esen dikacau hingga sebati.
- Masukkan roti dan buah2an campur(akak bubuh kismis aje) ke dalam mangkuk muffin.
- Tuangkan campuran susu sambil ditekan2 roti supaya meresap.Buat hingga habis.
- Susun mangkuk2 muffin berisi puding atas dulang pembakar dan bakar hingga masak kecoklatan.
- Biarkan puding roti seketika dan keluarkan dari mangkuk muffin(hati2 sbb masih panas).Ketika menghidang,taburkan gula icing di atas puding jika suka.
- ***Sedap juga klau menggunakan roti berperisa buah2an.
↧
Thank You ASB
↧
Ikan kembung oh ikan kembung!
teringin nak makan masak asam pedas ikan kembung campur dengan bendi bersama nasi panas panas... maka merajinkan diri ke kedai dan cari ikan kembung ni.... dan kini ikan kembung dah setara dengan ikan yang mahal tu... ya lah kalau rega ikan kembung pun dah capai dopoloh ringgit sekilo, bukanya fresh pun, tapi sbb nak makan kena lah beli jugak kan... tapi ada pak menteri yang kata kalau ikan mahal jangan lah beli, makan sayur jer... sayur mayur pun semuanya dah naik rega kan...
apa pun meh la makan nasik panas2 dengan ikan kembung masak asam pedas campur dengan bendi ni... perut kenyang hati pun senang... tak guna fikir pasal harga ikan tu kan.... sabo jer la!
↧
↧
Kuih hari jumaat kak rose..
Asalamualaikum san salam jumaat buat semua kawan2... semuga semuanya dalam lindungan dan rahmat Allah hendaknya... buat kuih lopis pulut ni untuk mingguan gathering baca surah Al-Kahfi dengan muslimat kat kawasan tinggal kak rose ni...kadang2 tu dah tak tahu nak buat kuih apa untuk pot luck mengaji ni... dan yang penting nya kak rose ni kalau nak buat pun yang mudah2 jer... tapi yang mudah dan home made ni lah yang selalu jadi pilihan instead yang beli dikedai tu... kuih jumaat lepas pun nak jugak tepek kat sini...kira ok la tu kan..
stok pilut memang banyak, so kuih yang mudah nya lipos ni lah... just rendam pulut n kukus...
nak membulat dan memadatkan tu kak rose guna yang untuk gulung sushi tu..
potong2 n salut dengan kelapa parut, air gula sediakan awal2. ha... kan dah siap kuih lopis kak rose ni ..
dan gader gader kami... masa kak rose amik gambo ni ramai lagi yang belum sampai..maklumlah mak mak dan nenek nenek... pepagi mestinya busy, so memang ade jer yang terlewat sampainya... hihi
stok pilut memang banyak, so kuih yang mudah nya lipos ni lah... just rendam pulut n kukus...
nak membulat dan memadatkan tu kak rose guna yang untuk gulung sushi tu..
potong2 n salut dengan kelapa parut, air gula sediakan awal2. ha... kan dah siap kuih lopis kak rose ni ..
dan gader gader kami... masa kak rose amik gambo ni ramai lagi yang belum sampai..maklumlah mak mak dan nenek nenek... pepagi mestinya busy, so memang ade jer yang terlewat sampainya... hihi
↧
Berdua menternak lemak...
↧
Bila mak mak nak bergader2
Asalamualaikum dan selamat berhujung minggu... untuk kawan2 yang berkerja, hari minggu pastinya diperuntukkan untuk melayan keluarga dan juga kawan2... kak rose pun ade permintaan dari kawan2 yang nak buat gader2 dan makan makan lah yang pastinya... dan ni kisah hujung minggu lepas... bila mak mak nak bergader2... dan laksa johor yang sangat dinantikan kawan2 semua... kak rose ni bukan lah rajin sangat nak buatnya, tapi nak memenuhi permintaan kawan2, dengan happynya dapat sediakan laksa johor ni.. dan tukang masak akan sangat happy bila kawan kawan yang datang makan dengan seleranya... Alhamdulillah...ada baki boleh tapau boleh bekal bawak balik...
kak rose cuma sediakan laksa johor dan juga agar2 bodo2 yang terlupa langsung nak amik gambo. dan kawan2 yang datang bawak macam kuih pun kak rose tak sempat nak snap... ade donut, sagu gula melaka jugak kuih badak berendam dan kuih talam berlauk yang sedapppp... mekasih semua.
laksa johor kak rose yang tak de daun kesum sebagai dayang pengiringnya... tapi kak rose lebih suka kalau daun kesum tu terus masuk sekali dalam kuah tu... lagi umphhh lah pada tekak kak rose ni... tapi lain orang lain citarasa kan... so terpulanglah pada tekak memasing..
dayang pengiring yang paling kurang rajin nak sediakan... buang ekor taugeh dan juga nak potong timun yang bulat2 tu... sangat memakan masa buat orang amatur macam kak rose yang tak pandai2 ni. hishhhhh!
kak rose cuma sediakan laksa johor dan juga agar2 bodo2 yang terlupa langsung nak amik gambo. dan kawan2 yang datang bawak macam kuih pun kak rose tak sempat nak snap... ade donut, sagu gula melaka jugak kuih badak berendam dan kuih talam berlauk yang sedapppp... mekasih semua.
laksa johor kak rose yang tak de daun kesum sebagai dayang pengiringnya... tapi kak rose lebih suka kalau daun kesum tu terus masuk sekali dalam kuah tu... lagi umphhh lah pada tekak kak rose ni... tapi lain orang lain citarasa kan... so terpulanglah pada tekak memasing..
dayang pengiring yang paling kurang rajin nak sediakan... buang ekor taugeh dan juga nak potong timun yang bulat2 tu... sangat memakan masa buat orang amatur macam kak rose yang tak pandai2 ni. hishhhhh!
↧
Kek marble lagi...
buat lagi... kali ni untuk bawak balik kampung lak...memang lembab dan sangat moist kek marble ni.. meh tengok resepinya.... mekasih sifu masak2 yang kongsikan resepinya ya. boleh lah mencuba untuk hidangan keluarga pulak nanti kan...
Bahan-bahan:
250 gm buttter - kak rose guna Buttercup250 gm tepung gandum diayak bersama 1 sudu teh baking powder220 gm gula kaster4 biji telor gred A1 tbs ovelette1 tbs esen vanilla2 tbs susu segar - saya bancuhkan 1 sdm susu tepung dengan sedikit air suam dan guna 4 sdb1 tbs choc emulco1 sudu besar serbuk koko - saya guna 2 sdb dan bancuh dengan sedikit air panas
Cara-cara:
1.Putar butter dan gula hingga kembang,masukkan esen vanila dan ovellate putar lagi.
2.Masukkan telur satu persatu sambil terus diputar sampai kembang.Masukkan tepung sedikit demi sedikit,selang seli dengan susu segar,putar sampai adunan semua sebati.
3.Bahagikan kepada dua bahagian.Masukkan satu bahagian dengan warna pink(saya tak buat sebab gunakan warna asal)Manakala untuk bahagian coklat masukkan emulco dan serbuk koko (saya cuma masukkan serbuk koko yang dibancuh dengan sedikit air panas).
4.Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dilengser butter secara berselang-seli sehingga selesai.
5.Bakar selama 45 minit atau sehingga masak bergantung pada oven.Bila masak,terus keluarkan dari oven untuk mengekalkan kelembapannya.
Bahan-bahan:
250 gm buttter - kak rose guna Buttercup250 gm tepung gandum diayak bersama 1 sudu teh baking powder220 gm gula kaster4 biji telor gred A1 tbs ovelette1 tbs esen vanilla2 tbs susu segar - saya bancuhkan 1 sdm susu tepung dengan sedikit air suam dan guna 4 sdb1 tbs choc emulco1 sudu besar serbuk koko - saya guna 2 sdb dan bancuh dengan sedikit air panas
Cara-cara:
1.Putar butter dan gula hingga kembang,masukkan esen vanila dan ovellate putar lagi.
2.Masukkan telur satu persatu sambil terus diputar sampai kembang.Masukkan tepung sedikit demi sedikit,selang seli dengan susu segar,putar sampai adunan semua sebati.
3.Bahagikan kepada dua bahagian.Masukkan satu bahagian dengan warna pink(saya tak buat sebab gunakan warna asal)Manakala untuk bahagian coklat masukkan emulco dan serbuk koko (saya cuma masukkan serbuk koko yang dibancuh dengan sedikit air panas).
4.Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dilengser butter secara berselang-seli sehingga selesai.
5.Bakar selama 45 minit atau sehingga masak bergantung pada oven.Bila masak,terus keluarkan dari oven untuk mengekalkan kelembapannya.
↧
↧
Jom belajar...
untuk yang ingin memantapdiri dengan ilmu dan pengetahuan berkaitan ibadah umrah, dan juga yang akan mengerjakan umrah... kak rose tolong promokan usaha yang dibuat oleh thtravel ni... huh! duduk bersila dari jam 9 pagi hingga pukul satu tengahari ... lenguh dan kebas kaki tapi sangat berbaloi dengan penerangan yang diberikan... jom jom kita belajar....
↧
SK
↧
lemak putih cendawan kukur+tempe
lama sangat rasanya tak masak dan makan cendawan kukur ni... kebetulan masa kak rose nak balik kampung minggu lepas dan tersinggah kat pasar malam di yong peng, tersangatlah banyaknya gerai2 yang jual sayur2 kampung... rasa macam nak beli semuanya... nak beli tu boleh jer tapi kerajinan nak memasak tu selalunya yang jarang nak datang! jadi camno tu? so kak rose beli cendawan kukur ni... semangkuk 5 hengget, tapi bila dah siang dan buang pangkal yang lekat kat pokok tu, seciput jer dapatnya... cukuplah untuk kak rose makan sorang, yang lain tu memang tidaklah nak makan cendawan cam ni... takut mabuk katanya!
dan kak rose masak lemak putih jer campur dengan tempe, potongkan cili merah dan hijau, sedikit bawang merah dan perasakan dengan garam dan sedikit gula... sedaplah pada tekak kak rose... kalau nak pedas boleh lah ditambahkan dengan cili api kan...
dan kak rose masak lemak putih jer campur dengan tempe, potongkan cili merah dan hijau, sedikit bawang merah dan perasakan dengan garam dan sedikit gula... sedaplah pada tekak kak rose... kalau nak pedas boleh lah ditambahkan dengan cili api kan...
↧
Nasib kau la pisang...
memang malang sungguh nasib sipisang yang kuning cantik ni bila dapat kat tukang masak yang sambil leka buat keja lain... multi tasking sangat la konon kan! cekodok pisang sudah jadi rentung macam dayang senandung pulak... nasib baik ni gorengan yang terakhir, so yang goreng awal2 tu masih elok sikit lah.
cekodok pisang versi dayang senandung!
selamat sudah cekodok pisang gebus untuk minum petang kami anak beranak...
↧
↧
Mee goreng sedap
mee goreng sedap... sendiri masak sendiri makan dan sendiri puji sedap! tapi memang sedap pun kat tekak kak rose dan tukang makan dalam rumah ni pun kata sedap. jadi tukang masak pun sangat lah suka sebab hidangan habis dimakan... masak dengan kasih sayang yang pastinya dan dengan rencah udang yang banyak tentulah sedapkan.
apa pun syukur Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah kurniakan buat kami sekeluarga... walaupun cuma mee goreng bodo bodo ni....
apa pun syukur Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah kurniakan buat kami sekeluarga... walaupun cuma mee goreng bodo bodo ni....
↧
Buah cempedak diluar pagar..
Salam hari minggu kawan2.. bekpes apa hari ini agaknya ya... nak ajak join kak rose makan cempedak ni pun dah tinggal gambo jer... buah dari pokok cempedak didepan rumah kampung, tapi bukan diluar pagar ya, isinya sangat gumuks2 dan tebal... dan tersangatlah manisnya.. so memang berbaloi2 makan cenggitu jer. mulanya nak jugak goreng, tapi bila dah makan terus tak ingat dah nak menggorengnya....hihi
dengan jeraminya pun sangat manis... so jerami jer yang kami buat cekodok. Alhamdulillah, terima kasih Allah yang berikan rezeki untuk kami menikmati buah cempedak tanaman kami sendiri. harap buah yang masih belum masak tu tak lah kena berebut dengan cik monyet yang suka sangat mengintai dari jauh...
dengan jeraminya pun sangat manis... so jerami jer yang kami buat cekodok. Alhamdulillah, terima kasih Allah yang berikan rezeki untuk kami menikmati buah cempedak tanaman kami sendiri. harap buah yang masih belum masak tu tak lah kena berebut dengan cik monyet yang suka sangat mengintai dari jauh...
↧
Tipah tetipu lagi!
kesian lah kat kak rose ni... konon nak makan durian yang macam kat pesta durian siam tu... so beli lah dua biji ni tapi tak nak makan on the spot... mintak yang untuk makan esok hari sbb nak bawak travel balik.. dia punya janji, esok mesti masak... tapi tunggu punya tunggu punya tunggu tak jugak ada bau hingga tangkai pun dah nak kering. so bukak je la... dah la kulit bapak main tebal isi pulak memang keras tak masak dan tawar hambar... nampak jer cantik, tapi.... grrrrrr terbang 880thb, +- rm110 untuk dua biji. lesson learnt, len kali kalau nak beli durian, beli jer yang dah masak dan boleh terus makan. tak la nanti nanges tak berlagu cam ni... tak la tetipu lagi kan...
dan selepas bertapa keras kejung dalam freezer, meh la buat bubur kacang campur durian... haha bubur kacang durian tipah tetipu, gitu!
dan selepas bertapa keras kejung dalam freezer, meh la buat bubur kacang campur durian... haha bubur kacang durian tipah tetipu, gitu!
↧