terjumpa pucuk paku segar bugar dipasar, so beli 2 ikat... dan jadilah lomak cili api pucuk paku dengan udang kering ni... dan makan pun bertambah2 bila ada ikan masin...memang makan tak hengat! meh kak rose kongsikan resepinya kat sini...
Tips: Kuah haruslah dimasak di atas api yang perlahan dan kerap dikacau supaya kuah santan tidak berketul.
Bahan-Bahan:
- 2 ikat sayur pucuk paku
- 1 mangkuk besar santan pekat
- 1 sudu besar udang kering
- 5 biji cili padi
- 1 ketul kecil kunyit hidup
- garam secukup rasa
Cara Penyediaan:
- Bersihkan pucuk paku dan potong bahagian daun dan batang yang lembut sahaja dalam anggaran panjang 1 inci.
- Tumbuk bersama cili api dan kunyit. Ketepikan.
- Rendam sekejap udang kering dan tumbuk kasar.
- Masukkan santan, bahan kisar halus dan udang kering di dalam periuk. Masak di atas api perlahan dan kacau sehingga mendidih.
- Masukkan pucuk paku dan masak sehingga lembut. Perasakan bersama garam secukup rasa.