Asalamualaikum dan selamat pagi Khamis yang ceria
semuga kawan kawan semua dalam lindungan Nya sentiasa. Aamiin.
ni lah lebihan labu yang kak rose buat scones ari tu... memula tu terpikir nak buat apam labu, tapi tak rajin la pulak, so kita buat yang mudah dan cepat jer dapat ngapnya kan... tukang masak yang sangat tak rajin, nak buat semua yang mudah2 jer... nasib baik tukang makan yang sorang tu tak banyak komplen. so sesuka hati tukang masak jer nak sediakan menu untuk petang tu..
resepi pengat labu yang mudah ni..
1/4 biji labu manis ( saiz sederhana)
1/2 cawan sagu mata ikan, basuh dan toskan
2 cawan santan
1 cawan air
sehelai daun pandan
1/2 sudu kecil garam
1/2 ketul gula melaka
1/2 cawan gula
Cara-caranya
1. Potong labu bentuk kiub, saiz nye agak-agak lah ye, tidak terlalu kecil tidak terlalu besar, cincang gula melaka, carikkan daun pandan dan simpul, masukkan gula melaka yang telah dicincang ke dalam periuk bersama-sama daun pandan, air, garam dan gula.
2. Setelah gula melaka larut, masukkan pula labu dan santan, kacau selalu, setelah labu separuh masak baru masukkan sagu mata ikan, masak sehingga labu empuk dan sagu mata ikan menjadi jernih.
3. Angkat dan sedia untuk dihidangkan panas atau sejuk, selamat mencuba.